BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 9 February 2014

PKASK? BAB 4 - Part 1

   Nama saya Danish Aizam. Saya pelajar baru kat kelas 5 SPM 1." Lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Balqis.
   "Syafiqah Balqis... Panggil Balqis jek. Awak baru first day ke kat sini?" Balqis tersengih-sengih sewaktu memperkenallkan dirinya kepada lelaki yang baru dia kenali itu.
   "Yup... Ini first day saya.." Lembut bicara Danish sehinggakan Balqis tidak sedar yang Darwish di belakangnya sudah terbatuk-batuk kecil.
   "Ehemmm...ehemmm..." Darwish merasakan yang dirinya langsung tidak dihiraukan oleh mereka. Dia cuba untuk menarik perhatian Danish agar bertanya tentang dirinya pula.
   "Nama awak pula siapa?" Danish bertanyakan nama lelaki yang sedari tadi berdiri di belakang Balqis.
   "Tak payahlah nak berawak-awak pulak... Rasa pelik pulak. Nama aku Darwish Haikal. Kau boleh panggil aku Darwish." Darwish memperkenalkan diri lantas bersalaman dengan Danish.
   "Selamat berkenalan." Danish memberikan senyuman manis kepada kedua-dua pelajar di hadapannya yang baru dikenalinya itu.
   'Fulamak.... Cair aku dibuatnya bila tengok senyuman dia ni... Gila comel mamat ni. Iman pun tak secomel dia tau.. Kalaulah Iman senyum macam mamat ni, kan bagus... Tapi jangan haraplah.. Nak tengok Iman senyum memang payah. Lagi-lagi kalau nak tengok dia senyum kat aku.. Heh, itu memang mustahil lah... Umpama mimpi dalam mimpi jek...' Balqis bermonolog di dalam hati sambil tersengih-sengih. Lagaknya seperti orang yang sedang sasau.
   "Selamat berkenalan jugak." Balas Darwish dengan janggal. 'Formalnya mamat ni.' Darwish mengkritik di dalam hati.
   "Dari kelas mana?" Danish bertanya lagi kepada Balqis dan Darwish, sekadar ingin tahu.
   "5 SPM 3." Ringkas Darwish menjawab.
   Balqis sungguh leka menatap wajah Danish sehinggakan dia tidak sedar yang Danish sedang bertanyakan soalan kepada mereka. Darwish yang sedar akan perlakuan Balqis yang sedang asyik menatap wajah Danish sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling lantas memijak kaki Balqis.
   "Ouch!!!" Balqis terjerit kecil. Barulah dia tersedar daripada lamunannya itu.
   "Kenapa ni?" Danish kehairanan melihat tingkah Balqis yang kelihatan seperti sedang kesakitan.
   "Hah? Tak de apa-apalah... Kaki kena gigit semut jek... Hihi..."
   "Kena gigit semut jek kot... Perlu ke menjerit?"
   "Dah tentulah perlu... Itu namanya tindakan refleks!" Balqis sudah menahan geram terhadap Darwish. 'Amboi,amboi.... Bukan main seronok lagi kau kenakan aku kan,Darwish? Memang sengaja nak malukan aku... Siap kau nanti!'
   "Kitorang dari kelas yang sama. Sorry lah... Kitorang dah lambat ni... Kena masuk ke..."
   "Awak dah tawaf seluruh sekolah ni? Kalau belum, saya boleh temankan awak pusing-pusing satu sekolah ni!!" Belum sempat Darwish menghabiskan kata-katanya, Balqis sudah memotong percakapan Darwish.
   "Ulat bulu dah naik daun..."
   "Diamlah kau.." Balqis berbisik perlahan kepada Darwish. Tetapi senyuman di wajahnya masih tidak lekang untuk Danish. 'Menyibuk betul lah mamat ni... orang baru nak menggatal sikit pun tak boleh... Kacau daun seh...'
   "Takpelah... Saya boleh pergi sendiri... Awak pergilah masuk kelas. Lagipun dah habis waktu rehat ni..." Balas Danish dengan suara yang lembut.
   "Yup.. Betul tu.. Dah, jom Balqis kita pergi masuk kelas!" Darwish lantas menarik lengan baju Balqis supaya Balqis mengikutnya ke kelas.
   Balqis  tidak sempat untuk bersuara, malah hanya mengikut Darwish sahaja.

   "Kenapa lambat sangat awak berdua masuk kelas, hah?" Cikgu Habibah memarahi kedua-dua pelajar yang berada di hadapannya itu.
   "Alah... Lambat 15 minit jek cikgu... Sorry lah.... Tak payahlah marah, eh?" Balqis memujuk cikgu kesayangannya itu.
   "15 minit tu tetap berharga! Macam mana sekalipun, awak berdua tetap harus didenda!"
   "Baiklah cikgu... Denda pun dendalah..." Balas Darwish seakan pasrah.
   "Awak berdua kena siapkan essay yang akan saya beri nanti sebanyak 3 copy! Saya nak awak berdua hantar essay tu pada saya hari ni jugak!" Tegas Cikgu Habibah.
   "Tapi cikgu,...."
   "Okey, Ma'am! Don't worry! Both of us can handle that." Baqis laju memintas percakapan Darwish sambil tersengih.
   "Okey, baguslah kalau macam tu. Ingat, kena siap hari ni jugak tau!" Cikgu Habibah mengingatkan mereka.
   "Alright, we promise!!" Balqis menjawab pantas.

   "Huh.... Siap jugak akhirnya... Fuh..... Penat seh!" Balqis mengeluh lega.
   "Tulah kau... Main setuju jek dengan denda Cikgu Habibah tu. Tengok sekarang, terseksa kita tau tak..."
   "Takpelah... Walaupun agak sikit terseksa, tapi ini boleh dikira macam exercise jugak apa."
   "Banyaklah kau punya exercise... Macam nak patah tengkuk aku dibuatnya..." Darwish mengurut-urut tengkuknya yang terasa sakit.
   "Dah, jom pergi hantar essay kita ni kat dia." Balqis pantas bangun dari duduknya.
   "Kau nak hantar sekarang ke? Awal lagi kot... Kita hantar nanti jelah..."
   "Sukati kaulah...Yang penting, aku tetap nak hantar sekarang jugak!" Balqis sudah bersemangat untuk menghantar essaynya itu kepada Cikgu Habibah. Dia lantas keluar dari kelas. 'Hihi... Bolehlah aku tengok muka Lelaki Ais Batu kesayangan aku tu... Sekarang ni, memang Cikgu Habibah tengah mengajar kat kelas dia pulak tu.Yahoo!!! Nampaknya ada chance lah aku nak tengok muka dia time tengah belajar... Mesti lebih handsome daripada biasa, kan?' Balqis bermonolog di dalam hati.
   "Eh, Balqis!! Tunggulah aku!!!" Darwish pantas  mengekori Balqis keluar dari kelas untuk bersama-sama menghantar essay mereka.
   "Kau tahu ke Cikgu Habibah ada kat mana sekarang?" Tanya Darwish kepada Balqis setelah dia sudah berdiri di sebelah Balqis.
   "Of course lah aku tahu. Dia tengah mengajar kelas 5 SPM 1 sekarang ni." Jawab Balqis sambil wajahnya tidak lekang dengan senyuman.
   "Ohhhhhh.... Rupa-rupanya ni tujuan kau yang sebenar, ye? Patutlah beriya-iya sangat nak hantar essay sekarang jugak... Ada muslihat lain rupanya...." Darwish sudah dapat mengagak 'muslihat' Balqis yang sebenar.
   "Eh, tak... Kau janganlah salah faham. Aku nak hantar essay sekarang jugak sebab sekarang nilah masa yang sesuai untuk kita hantar essay kita ni... Cikgu Nadia pun belum masuk kelas lagi, kan? So, lebih baik kita hantar essay ni cepat-cepat sebelum Cikgu Nadia masuk kelas!" Balqis menjelaskan kepada Darwish dengan berhati-hati supaya dirinya tidak 'terkantoi'. 'Baik punya tipu! Nasib baik aku pandai 'cover'...'
   "Udah-udahlah tu nak cover. Patutlah dari awal lagi kau setuju jek dengan denda Cikgu Habibah tu... Pulak tu, tak merungut langsung... Rupa-rupanya ada udang di sebalik mi.... Patut bukan main seronok lagi nak hantar essay ni..." Suara Darwish seakan sedikit tidak puas hati. Entah kenapa, Darwish berasa sakit hati secara tiba-tiba. Padahal dia bukan tidak tahu yang Balqis memang selalu bersikap demikian. Balqis memang selalu stalker Iman, malahan dia akan menjadi tidak keruan seandainya sehari tidak melihat wajah Iman. Dia akan selalu membuat pelbagai helah semata-mata untuk melihat wajah Iman Danial kesayangannya itu.
   'Alamak.... Dah kantoi lah pulak!'
   "Hihi.... Aku ni memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa pun dari kau, kan? Setiap kali aku tipu kau, mesti kau dapat tahu kan?"
   "Memang pun.... Kau tu jenis yang tak pandai nak menipu. Tadi, riak wajah kau jek dah menunjukkan yang kau ni tipu."
   "Yelah... Sorry tipu kau..." Wajah Balqis sudah masam mencuka.

Tok... Tok... Tok... "Assalamualaikum....." Darwish dan Balqis mengetuk pintu kelas 5 SPM 1 dan memberi salam serentak.


                                 BERSAMBUNG DI PART 2...... HIHI....











0 comments: