Matanya yang menawan, rupanya yang kacak, rambutnya yang hitam berkilat, semua tu adalah punca utama yang membuatkan aku tergila-gilakan dia... Tapi, ada satu perkara jek yang tak berapa aku berkenan tentang dia ni... Kenapa susah sangat untuk dia melakarkan senyuman??? Aku gerenti kalau dia sentiasa tersenyum, dia pasti akan kelihatan lebih cute! Aku memang dah lama admire kat dia, dan aku boleh membuat kesimpulan bahawa dia ni memang seorang lelaki yang dingin! Dingin macam ais batu! Tapi walaupun dia macam tu, dia tetap Lelaki Ais Batu kesayanganku... Hihi...
"Hoi! Mengelamun jek kau ni! Ni tak lain dan tak bukan, mesti kau tengah teringatkan 'cik abang' kau tu kan? Tak sudah-sudah mabuk kepayang kau tu. Angau 24 jam!"
Ish... Kacau daun betul lah minah ni... Baru nak layan mood jiwang aku ni... Tup-tup dia menyibuk... Huh!
"Kau ni memang tak de kerja lain kan selain suka menyergah orang? Dahlah tak reti beri salam pulak tu..."
"Kalau aku beri salam sekalipun, macamlah kau dengar... Dengan cara sergahan macam ni jek yang boleh membuatkan kau berhenti berangan!"
"Ohhh... Kau ni memang dengki dengan aku kan? Tak boleh tengok orang senang sikit!"
"Hahahaha... Padan muka kau!"
Amboi... Sukanya dia ketawakan aku... Ni ke namanya Nice Bff? Tak sepatutnya aku gelarkan dia macam tu... Yelah, masa baru first time kenal dia, dia memang nampak macam seorang kawan yang naif jek.. Tapi sekarang, bila kitorang dah jadi bff, aku ni tak habis-habis jadi mangsa sakatan dia! Ada jek something yang boleh membuatkan dia cuba untuk kenakan aku... Tapi, kalau aku tak ditakdirkan untuk jumpa dan kenal dia, agak-agak aku ni ada ke bff yang setia macam dia ni sekarang? Hmmm... Kitorang ni dah lama berkawan baik... Sejak dari primary school lagi. So, walaupun dia selalu sakat aku bagai nak gila, dia tetap Nice Bff dihatiku... Aku bangga mempunyai kawan baik yang bernama Fira Alia ni... Tapi selain dia, aku juga ada seorang lagi kawan baik... Kawan baik aku yang lagi seorang ni, aku kenal time aku baru form 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia...
"Ramainya orang yang beratur... Aku dah lapar ni... Dah tak boleh tahan dah..." aku menekan perutku yang sedang rancak mendendangkan lagu After Love nyanyian Ft Island.
"Sabarlah wei... Aku pun lapar jugak dok..."
"Apa kata kita redah jek? Aku dah malas dah nak beratur ni." cadangku memberi suatu idea gila.
"Cantik!!! Aku pun dah bosan beratur panjang-panjang macam ni." Fira cepat sahaja bersetuju dengan idea gilaku itu.
"Hoi, apa ni?!! Tak nampak orang ke? Aku tahu lah kau tu rabun, tapi kau tu masih belum buta untuk langgar orang sesuka hati!!!" jerit satu suara sebaik sahaja aku dan Fira cuba memotong barisan yang panjang di kantin.
E'eleh mamat ni... Bikin hati aku panas jek lah... Orang bukannya sengaja pun terlanggar dia. Dia tu yang badan sekeping sampai aku tak perasan dia... Kot ye pun, tak payahlah marah sampai macam tu sekali. Siap boleh kutuk aku pulak tu.
"Relax ler bro... Wa bukannya sengaja pun terlanggar lu... Tak payahlah sentap sangat.." aku sudah menahan geramku terhadap mamat lidi itu. Aku tahu memang aku yang salah. Tapi, dia tak sepatutnya bersikap kurang ajar dengan aku. Sesedap oren dia jek kutuk aku macam tu.
"Dah langgar orang, tak reti-reti nak minta maaf ke? Ataupun kau ni memang jenis perempuan yang tak ada adab sopan?"
"Okey lah... I'm sorry... Memang wa yang salah... Puas hati lu? Lu tu pun satu... Lain kali, makan banyak-banyak sikit supaya badan lu tu cepat membesar. Ni tak, badan sekeping macam ni memanglah wa takkan perasan kalau wa terlanggar lu."
"Sesedap nasi ayam kau jek cakap aku ni badan sekeping... Daripada kau tu, perempuan becok bermata empat!!"
Tiba-tiba aku terdengar satu suara bergelak sakan di belakangku. Kurang asam punya Fira. Kau ketawakan kawan baik kau sendiri?
"Aku setuju dengan kau seratus peratus!! Untuk pengetahuan kau, dia ni memang sangat terkenal dengan gelaran 'minah becok'!!" Fira mengetawakanku puas-puas sehingga aku boleh nampak matanya berair kerana terlalu banyak ketawa. Amboi... Mesti dia gembira sangat dapat ketawakan aku puas-puas macam ni. Tak guna punya kawan. Malu aku dibuatnya.
"Dahlah tu. Esok jek lah korang sambung bergaduh, ok? Aku dah lapar ni. Nanti tak pasal-pasal korang pulak yang aku telan karang."
"Tapi Fira, aku belum selesai lagi dengan mamat ni." aku masih tidak berpuas hati dengan mamat lidi itu. Aku mahu dia meminta maaf kepadaku kerana dia sudah membuatku geram yang teramat terhadap sikapnya yang kurang asam itu.
"Esok jek lah kau sambung ye, Balqis? Sekarang ni perut aku yang lebih penting." Fira sudah menarikku pergi untuk membeli makanan. Nasib baik aku juga sedang lapar. Kalau tidak, ingin sahaja aku meneruskan perang dingin yang telah tercetus antara aku dengan mamat lidi itu.
"Balqis!!! Aku belum selesai dengan kau tau!! Ingat tu!!" kedengaran si mamat lidi itu menjerit kepadaku dari jauh.
Ish mamat ni... Meluat betul aku tengok dia. Lagi meluat bila aku dengar dia panggil nama aku, dengan suara yang lantang pulak tu. Fira punya pasal lah ni. Kalau tak kerana dia, mamat lidi tu takkan tahu nama aku. Huh! Malangnya nasib aku hari ni...
"Jumpa lagi!!!" dia menjerit kepadaku sekali lagi. Terima kasih jelah.. Aku tak ingin nak jumpa kau lagi.
Tidak semena-mena aku ketawa apabila mengenangkan peristiwa pertemuan aku dengan Darwish itu. Kelakar pula apabila mengingat kembali detik-detik itu. Bergaduh tak sudah-sudah... Tapi, selepas peristiwa tu, aku sendiri tak tahu macam mana kitorang tiba-tiba boleh jadi rapat sehinggalah sekarang ni, dia dah jadi bff aku selain Fira sebagai nice bff aku... Dia tu adalah Naughty Bff yang selalu kenakan aku!! Walau macam manapun, aku sangat bersyukur kerana aku mempunyai dua orang kawan baik yang setia macam diorang tu... Alhamdulillah...
BAB 1 TAMAT =)