Monday, 20 August 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..=]
Raya tahun ni, aku rasa sangat gembira dan sangat berpuas hati sebab tahun ni aku dapat ziarahi kubur-kubur arwah nenek ngan atuk aku dan jugak kubur arwah sepupu dan atuk sedara. Bulan Syawal tahun ini amat bermakna bagiku... Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, aku tak de ramai kawan... Adik-beradik aku sendiri pun tak nak sangat kawan ngan aku sebab dulu masa kecik-kecik, perangai aku memang sangat pelik, bila tiba Maghrib jek mesti aku macam kena rasuk lepas tu aku asyik mengamuk jek... Tapi, tu semua salah aku ke??? Mungkin time tu memang aku kena rasuk dengan jin kot... Kalau tak, kenapa pada keesokan harinya, aku tak ingat yang aku ada mengamuk semalam... Mungkin iman aku ni lemah sikit... Tu yang senang kena rasuk dengan syaitan...Tapi yang aku pelik, kenapa time aku ada di sisi arwah tok Yam, aku rasa tenang sangat... Adik beradik aku yang lain cakap, arwah tok Yam tu terlalu manjakan aku... Tapi aku tak rasa macam tu... Aku akui, dulu aku memang rapat sangat ngan arwah tok Yam... Lagipun dulu, memang Arwah tok Yam jek lah kawan sejati aku... Arwah tok Yam jek yang memahami perasaan aku... Kadang-kadang kitorang berborak bersama-sama, aku sikatkan rambut arwah tok Yam, arwah tok Yam sikatkan rambut aku, aku kongsi cerita ngan arwah tok Yam, arwah tok Yam kongsi cerita ngan aku.... Aku rindukan detik-detik tu.... Sebab tu lah bila aku kehilangan arwah tok Yam buat selama-lamanya, hati aku sakit sangat... Pedih hatiku hanya Allah jek yang tahu... Masa tu, aku dah tahu daripada cikgu aku, tak baik meratapi insan yang sudah meniggal dunia... Jadi, aku cuba berlagak kuat di hadapan orang lain... Aku hanya menangis sepuas-puas hatiku apabila aku berada di dalam bilik jek... Bagiku, itulah peristiwa yang sungguh pahit untuk ku telan dalam hidupku... Aku rasa sangat bersyukur kerana di Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, aku dapat sedekahkan Al-Fatihah dan juga Yassin kepada arwah tok Yam dan juga keluarga dan saudaraku yang telah kembali kepada Mu, Ya Allah... ALHAMDULILLAH.... =]
Posted by EchizuFuji at 23:31 0 comments
Friday, 17 August 2012
MIA BAKAL DAPAT ADIK!!!
BESTNYA!!! Tak lama lagi Mia, anak sedara kesayanganku bakal jadi KAK LONG!!! InsyaAllah, mungkin tahun depan adik dia bakal lahir! Bila aku tanya dia "Mia nak adik tak?", dia selalu jawab tak nak... But now, semenjak akhir-akhir ni, aku ada tanya dia "Mia nak adik lelaki ke perempuan?", lepas tu dia jawab "lelaki.. (pelat)". Hihi... Pelik-pelik jek Mia tu... Tapi actually, aku dapat rasa dia tu memang suka baby... Nampak jek baby kat mana-mana tak kiralah kat tv atau majalah sekalipun, dia akan jerit "Baby!!" dengan suara pelat dia tu... Aku pun berharap anak kedua akak aku nanti adalah baby boy!! =) Tapi, kalau baby girl pun tak pe... Tetap comel jugak... Aku harap baby tu akan lahir dengan selamat nanti... InsyaAllah... Amin... However, aku tak kan bersikap pilih kasih terhadap Mia... Huhu... Kesian Mia... Nanti bila adik dia dah lahir, dia mesti akan rasa sedikit tergugat... Tapi aku gerenti dia akan jadi Kak long yang baik serta penyayang... INSYAALLAH... =)
Posted by EchizuFuji at 05:50 0 comments




