BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 9 August 2011

CINTA BENDUL-BENDUL

SINOPSIS


 Damia Khalisah adalah seorang gadis bendul yang berusia 17 tahun... Walaupun dirinya sudah meningkat remaja, tapi sikapnya saling tak tumpah seperti kanak-kanak yang baru berusia 6 tahun.. Walaaupun begitu, dia tetap seperti remaja lain yang tahu menguruskan diri sendiri... Dia mempunyai seorang sepupu bernama Alif yang amat tidak menyenangi sikapnya... Walaupun dia dan Alif belajar di sekolah dan di kelas yang sama,tetapi ia tetap tidak dapat merubah tanggapan Alif terhadap sikap dirinya... Pada suatu tempoh yang agak lama,dia terpaksa tinggal bersama Mak Longnya,iaitu mama Alif kerana mama kesayangannya terpaksa menetap di London atas urusan kerja... Sepanjang tempoh tinggal bersama-sama Mak long dan sepupu dinginnya,Damia melalui pelbagai kisah suka duka dalam kehidupannya... Dia yang pada mulanya agak kekok apabila perlu berjauhan dengan mamanya,menjadi sabar dan tabah dalam menghadapi ujian hidup... Namun,bagaimana pula dengan  nasib Alif yang bukan sahaja kena meghadap dirinya selama 24 jam,malah diarahkan juga supaya menjaga dan melindunginya setiap hari? Adakah perasaan benci Alif terhadap Mia akan terhakis sedikit demi sedikit? Atau adakah perasaan itu akan semakin meluap-luap gara-gara terpaksa melayani keletah Mia yang macam-macam? Cinta Bendul-bendul akan menjawab segala persoalan itu...