BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 10 October 2013

DAMIA KHAIRUNNISA !!! :)


Adik dan Kakak!
Mia SAYANG Adik!!!
Si BOTAK! Huhu...



Ayunya bertudung.... :)
Serabainya rambut...hihi....
Putihnya dia....

                             
           ANAK-ANAK SAUDARAKU MEMANG COMEL!!!!
                                                                
                                       ASSALAMUALAIKUM....!!!



Tuesday, 9 July 2013

HAPPY RAMADHAN 2013!!!

ASSALAMUALAIKUM....

Bulan ramadhan yang penuh berkah kembali menghampiri kita, sebagai umat Islam muslimin muslimat dianjurkan untuk menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Puasa yang bertujuan untuk mengekang, melawan, dan menghentikan segala hawa nafsu dan memperbanyak ibadah kepada Allah SWT.

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi
Maka Mohon Maaf Zahir & Batin atas kesalahan
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah ini...

 Bulan Ramadhan adalah bulan yang suci.
 Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi.
 Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa.
 Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan 2013.

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR&BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...



                                                 
      DAPAT MENYAMBUT RAMADHAN LAGI TAHUN NI...
                                       ALHAMDULILLAH....
                                                         :)

Friday, 7 June 2013

Temubual Bersama Watak Utama Di Dalam PKASK?... - Part 1

Fuji : Adakah korang suka dengan perwatakan korang di dalam novel ni?
Balqis : Saya sangat suka dengan perwatakan saya ni kerana  Syafiqah Balqis merupakan seorang pelajar yang peramah dan baik, di samping tu dia juga seorang yang becok. Saya ni memang becok, so agak senanglah bagi saya untuk bawak watak ni.


Iman : Watak saya dalam PKASK? ni adalah sebagai Iman Danial. Iman Danial ni seorang pelajar lelaki yang agak dingin. Dia memang jarang tersenyum. Tapi, saya tetap suka dengan perwatakan saya ni sebab saya dapat mencabar diri sendiri dalam menghidupkan perwatakan Iman ni.



  
Darwish : Of course lah suka. Antara Iman, Danish ngan Darwish, perwatakan Darwish lah yang paling best. Darwish Haikal ni seorang yang ceria dan semestinya dialah lelaki yang paling cute dalam novel ni. Huhu...
Iman, Balqis, Danish : PERASAN!!!

Danish : Saya suka dengan perwatakan Danish Aizam, tapi saya rasa dia ni adalah watak yang paling kesian berbanding yang lain. Nak tahu kenapa? Baca jeklah novel ni sampai habis, okey? Apa-apapun, saya tetap suka ngan perwatakan ni sebab Danish ni seorang yang gentleman, baik hati, penyayang dan yang paling penting dialah yang paling kacak antara yang lain. Hihi...
Iman, Balqis, Darwish : PUN PERASAN!!!

Fuji : Okey, terima kasih atas jawapan-jawapan tersebut. Saya doakan yang terbaik agar novel ni akan menjadi novel yang meletup suatu hari nanti(bilalah agaknya ye?) serta saya juga doakan agar korang akan sentiasa sukses dalam kerjaya masing-masing. 

Iman, Balqis, Danish, Darwish : Terima kasih...!!! :)

SAYA AKAN MENEMUBUAL MEREKA SEKALI LAGI DI DALAM SAMBUNGANNYA DI PART 2!!! JANGAN LUPA UNTUK SAKSIKANNYA!!! BYE!!! ASSALAMUALAIKUM!!! :)





Saturday, 25 May 2013

PKASK? - BAB 3

   'Oh no!!!!!!!!!!!'

   What should I do right now? Betul ke apa yang aku nampak ni? Atau jasad yang ada kat depan aku ni cuma khayalan jek? Balqis menggosok-gosok matanya kerana dia ingin memastikan sama ada dia sedang berada di alam nyata ataupun tidak.
   "Lain kali jalan jangan guna kaki jek, guna mata tu jugak." Dingin sekali suara Iman Danial dilontarkan sambil dia memberi pandangan maut kepada Balqis. Balqis hanya mampu terdiam sahaja kerana situasinya kini amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seolah-olah ada batu di celah kerongkongnya yang seperti menghalangnya untuk berkata-kata. Dia betul-betul terkesima dengan apa yang sedang berlaku.
   "Sa...sa..saya...saya..." Tergagap-gagap Balqis sewaktu ingin meminta maaf kepada Iman.
   "Aku ingatkan kau ni buta jek, rupa-rupanya gagap jugak? Unbelievable!" Sungguh lancang mulut Iman berbicara.
   'Kurang ajarnya mamat ni.. Ini ke lelaki yang Balqis bangga-banggakan sangat selama ni.. Lelaki yang perangai macam ni pun dia boleh berkenan? Peliklah dia ni...' Darwish menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tingkah Iman. Tetapi hanya di dalam hati sahaja. Malas pula dia hendak sound Iman, dibimbangi akan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
   "Memang pun... Aku buta kerana mataku dah tak boleh melihat benda lain selain kau... Aku hanya melihat kau seorang jek... Lagipun, cinta itu memang buta kan? Aku gagap juga disebabkan olehmu yang telah meracuniku dengan cecair cintamu..." Balqis membalas sindiran Iman dengan ayat-ayat jiwang yang dia telah reka sendiri. Bukannya dia langsung tidak mempunyai perasaan malu. Biarlah Iman menganggap dirinya ini perempuan muka tembok atau apa-apa sekalipun, dia tidak kisah. Dia cuma mahu melihat wajah tercengang Iman apabila mendengar ayatnya ini. Sebenarnya, dia agak terasa hati dengan kata-kata Iman sebentar tadi. Mana tidaknya, ini adalah pertama kali Iman menegurnya. Tetapi, dia sangkakan teguran kali pertama daripada Iman akan membuat hatinya berbunga-bunga, malangnya ini adalah teguran 'perkenalan' yang sangat DINGIN buat mereka. 'Hihihi... Gempaklah ayat aku ni.. Gerenti Darwish kat belakang ni dah tak tahan nak ketawa dah...' 
   'Sewel ke apa minah ni? Confirm dia belum makan ubat lagi ni.. Memalukan diri sendiri tu memang hobi dia ke?' Iman hanya mampu tercengang tatkala minah di hadapannya itu mengeluarkan ayat-ayat jiwang karat tahap tak ingat.
   "Aik? Kenapa senyap jek? Say something... Why? Terkedu tiba-tiba? Hohohohoho...." Geli hati Balqis melihat Iman tercengang sebegitu rupa. Tetapi padanya, wajah Iman ketika ini tetap comel walaupun kemachoan Iman sudah hilang. 'Hmmmm... Padan muka kau.. Dah kehilangan kata-katalah tu... Ais batu ni kalau nak dicairkan, hanya perlu dileburkan dengan kata-kata romantis jelah kan? Huhu... Yeah! Aku menang! Lepas ni dia mesti dah tak ada modal nak kutuk aku lagi.'
   "Sewel!!!" Iman sudah tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi kepada minah muka tembok di hadapannya itu. Lantas dia beredar dari situ meninggalkan Balqis yang sudah tidak tahan hendak ketawa melihatkan tingkah Iman yang sebegitu. Iman malas mahu melayan kerenah minah jiwang yang baru dia kenali itu.
   "Gila! Betul-betul gila!!! Sah memang kau ni gila tahap kronik beb! Ayat jiwang manalah pulak yang kau rembat tu? Serius, kau memang muka tembok tahap tak ingat! Pergh!!!" Darwish benar-benar tidak menyangka Balqis akan seberani itu. Dia sudah tidak tahan hendak ketawa dek kerana mendengar ayat jiwang  Balqis sebentar tadi. Tetapi, apa yang telah Balqis lakukan sebentar tadi teramatlah lucu baginya.
   "Itu baru sikit tau. Lepas ni aku akan make sure yang dia tak akan aman sebab aku akan sentiasa menghantui dia dengan bayang-bayang romantisku... Huhuhu..." Balqis berasa amat lega kerana dia telah berjaya mengenakan Lelaki Ais Batu dia itu sehingga muka Lelaki Ais Batu yang kacak itu berubah menjadi berkerut-kerut.
   "Okey, aku nak tengok sejauh mana kau boleh buat dia cair sampai dia terpikat dengan kau. Kau kena buktikan pada aku tau yang kau gerenti boleh lembutkan hati dia yang sememangnya dah keras macam ais batu tu. Amacam? Aku cabar kau ni." Darwish sengaja ingin menduga Balqis.
   "No prob ler bro... Wa ni Syafiqah Balqis ler...Perkataan berputus asa tak pernah wujud dalam kamus hidup wa..." Balqis menyahut cabaran Darwish dengan yakin. Sememangnya, dia adalah gadis yang tak akan mudah mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun.
   "Dah lah wei.. Jomlah kita masuk kelas. Waktu rehat dah habis ni. Nanti kalau lambat masuk kelas, tak pasal-pasal pulak kita dapat free nagging from Teacher Habibah!!!" Baqis sudah mengatur langkah hendak meninggalkan kantin, tetapi malangnya entah bagaimana dia boleh terlanggar tiang kantin sehingga menyebabkan dia jatuh terduduk di lantai.
   "Aduuuuuuuuuuhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Sakitnya!!!" Balqis menjerit kesakitan.
   "Hahahhahahahahahahaha!!!!!" Darwish sudah ketawa keriangan melihatkan aksi jatuh Balqis yang sangat lucu itu. "Padan muka kau!!!"
   "Kau ni kejam betul lah! Kawan kau ni jatuh lah sengal!!! Bukannya nak tolong pun!!" Balqis sudah menggosok-gosok punggungnya yang memang terasa sakit.
   "Alololololo.... Kesiannya lah kawan aku yang sorang ni kan. Jatuh terduduk sebab terlanggar tiang!! MasyaAllah.... Tulah.. Sepatutnya kau kena pakai mata spare kau tu tak kiralah kat mana-mana sekalipun, bukannya cuma time tengah belajar jek kau pakai... Tengok apa dah jadi sekarang! First time aku dapat tengok manusia yang jatuh sebab terlanggar tiang depan mata aku sendiri.. Fulamak!! Cayalah kau!!!"
   "Awak tak apa-apa ke? Boleh bangun tak?" Satu suara lembut menyapa ke telinga Balqis dan Darwish secara tiba-tiba.
   Balqis lantas menoleh ke arah suara itu. 'Wah! Handsomenya mamat ni... Ada lesung pipit pulak tu.. Tapi kenapa sebelum ni aku tak pernah pun nampak dia kat sini? Ni confirm pelajar baru ni. Dia hulur tangan kat aku lah... Baiknya dia....'
   "Takpe... Saya okay..." Balqis bangun tanpa menyambut huluran daripada lelaki itu. Bukannya dia ingin berlagak sombong, tetapi sudah menjadi prinsip hidupnya yang dia tidak akan bersentuhan sesama yang bukan muhrim.
   "Oh, sorry.." Lelaki itu berasa sedikit malu apabila hulurannya tidak disambut oleh Balqis.
   "It's okay..."
   "Nama saya Danish Aizam. Saya pelajar baru kat kelas 5 SPM 1."


                                                     
                                              BERSAMBUNG....

SEDUTAN BAB 4 :
"Saya nak hantar essay yang cikgu suruh hantar tadi."

"Stop make me annoying... I hate girl like you!"

"Awak buat apa tu?"




                                                       TATA!!!

                                          ASSALAMUALAIKUM!!!


  

   

Sunday, 14 April 2013

PKASK? - BAB 2

   Mata sepet Darwish Haikal sedang asyik memerhatikan pelajar-pelajar perempuan Form 6 yang sedang duduk santai di bawah sebuah pondok belajar berdekatan dengannya. Matanya tidak lekang daripada merenung senior-seniornya yang cantik itu. Sudah menjadi rutin harian dan juga hobinya merenung dan mengusha gadis-gadis cantik di sekolahnya pada masa lapang. Dia memang sangat terkenal dengan gelaran playboy di Sekolah Menengah Seri Setia ini.

   "Fuyooo!!! Mata sampai terbeliak tu!!"
   "Assalamualaikum... Lain kali beri salam lah kot ye pun."
   "Waalaikumsalam... Ingatkan kau tak sedar yang aku ni ada kat belakang kau. Mana taknya, kau kan tengah khusyuk jek dok merenung minah-minah tu." Balqis memuncungkan mulutnya ke arah pelajar-pelajar perempuan Form 6 itu. 
   "Potong line lah kau ni. Tak yah kacau aku boleh tak? Buat hal kau sendiri sudah lah. Aku baru nak usha diorang tau."
   Balqis menarik kerusi di sebelah Darwish lantas mengambil tempat di sebelah kawan baiknya itu.
   "Masalahnya aku tak boleh biarkan jek, kalau biji mata kau tu terkeluar dek kerana syok sangat usha diorang tu, macam mana? Nanti kalau dah terkeluar, jangan harap aku nak masukkan balik mata kau tu." 
   Darwish hanya ketawa mendengar usikan daripada Balqis. Kadang-kadang dia ni, bila dah mencarut, mengalahkan si Patrick kawan Spongebob tu. Darwish mengejek Balqis di dalam hati. Tetapi, kadang kala usikan daripada Balqis sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Dia sudah biasa dengan usikan kawan baiknya itu. Mereka berdua kerap bergurau sesama sendiri.
   "Aku kira okey lagi... Kau tu, lagi teruk... Kalau dah terserempak dengan hero pujaan kau tu, terus meroyan kau jadinya... Lepas tu...."
   "Dah, dah, dah... Kau dah melebih ni nampaknya... Aku tak seteruk tu ok!!'
   "Wei, wei, Iman!!!"
   "Mana, mana, mana???!!!" Mata Balqis sudah meliar-liar ke sekeliling mencari kelibat buah hati pengarang jantungnya.
   "Hahahaha... Aku dah agak dah!!! Gila hodoh kau punya respon!! Agak-agak lah wei! Kau ingat budak-budak lain tak akan syak yang kau tu syok kat Iman lagi-lagi bila tengok gelagat kau yang memang tahap tak ingat ni, hah?!" Sakit perut Darwish menahan gelak. Menyakat Balqis sememangnya menjadi hobi hariannya.
   "Lotong kau Darwish!!! Sememangnya kurang ajar ni!! Dah lah, malaslah aku lepak dengan kau, buat sakit hati, jiwa dan raga jek... Aku blah dulu!!!" Balqis bangun dari duduknya dan ingin beredar dari situ, dia sudah tidak kuasa hendak menghadap muka Darwish dan sememangnya dia menyampah dengan muka innocent kawannya itu.
Sebelum beredar, dia buat muka seakan-akan merajuk dengan gurauan Darwish itu. Tetapi di dalam hatinya, dia langsung tidak berkecil hati dengan gurauan Darwish kerana dia sudah lali dengan semua itu.
Oleh kerana terlalu gopoh, Balqis telah terlanggar sesusuk tubuh manusia sewaktu ingin beredar dari kantin.
   "Ops, sorry!!!"
Tidak!!! I can't believe my eyes!! Betul ke apa yang aku nampak kat depan mata kepala aku ni??!! Atau ianya hanya mimpi?? Oh, no!!!!!!!!!!!!
"OH NO!!!!!"

                                                BERSAMBUNG.... 

                                              COMING SOON : BAB 3 !!!
Sedutan Bab 3 :


"Lain kali jalan jangan guna kaki jek, guna mata tu jugak."
   
"Padan muka kau!!!"
           


   
"Nama saya Danish Aizam. Saya pelajar baru kat kelas 5SPM 1." 

                                                                        
                                                        TATA!!!
                                          ASSALAMUALAIKUM!!!

Friday, 5 April 2013

THE ADON'S!!!

Kak Uli Dan Kak Anne!!!
HAPPY!!!
Saranghaeyo!!!
SMILE!!!
Cute kan?!!
2 Pasang adik beradik!!!
The Poyos Vs The Cutes... Hihi..
RAMAI-RAMAI!!!
Poyo(kiri), comel(tengah), poyo(kanan)
Faeez dan Farizzuan a.k.a jejaka poyo arus globalisasi!!
Zulijah(Uli)
Naqkeah(Anne), Yanti dan Zulaiha(aku)
Puteri(tengah). Secocok kan dia dengan yang pakai topi tu? 

                                                                           

SEMUA NI CUCU-CUCU ATUK!!! TAPI ADA RAMAI LAGI!!! YANG LAIN TU ADIK BERADIK FUJI!!! COMING SOON, FUJI AKAN PERKENALKAN PULA MY FAMILY TO YOU ALL, OKEY?!!! ASSALAMUALAIKUM.... :)

Terlupa pula... yang sebelah kanan ni pun cucu my grandfather jugak!!! Namanya Nur Aida a.k.a Oda!!!

                                                           SAYA PULAK MIA!!!

BYE!!!





Monday, 11 March 2013

SELAMAT KEMBALI FUJI !!!

Dah lama Fuji tak update blog kan??? Rindu nak sambung berkarya... kebelakangan ni memang Fuji sibuk gila ngan kerja... Terutama tugas-tugas sekolah yang Fuji kena siapkan... Pulak tu, tahun ni Fuji akan menduduki peperiksaan yang amat penting bagi menentukan masa depan Fuji...., PEPERIKSAAN yang amat PENTING DALAM HIDUP Fuji..., SPM!!!! Aiiiiisssshhhhhh....... I'M REALLY NOT READY YET!!!! Fuji rasa lepas ni Fuji cuma sekali sekala jek akan update blog dek kerana busy dengan macam-macam hal.... Pulak tu sekarang ni dah start tuisyen kat sekolah.... Huh... Memang penat gila lah wa cakap lu... Takde masa nak rilek-rilek langsung pun... :( Bak kata Wan Kaswi, Hmmmm........ Sabo jer lah!!! So, maybe Fuji tak akan sambung berkarya buat masa terdekat ni... Maybe Fuji akan sambung novel Fuji tu time ada masa terluang jek lah.... Ok, setakat ni jek lah yang Fuji nak share ye friends? TATA!!! ASSALAMUALAIKUM...