BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 28 July 2011

SKETSA BOLA SEPAK

Sketsa 1
Sedang pemain-pemain bola sepak kebangsaan menyanyikan lagu Negaraku sebelum memulakan permainan,.....
Khairul Fahmi : Muslim, pehal muka kau macam ayam berak kapur ni? (berbisik)
Muslim               : Aku tensionlah, wei...
Khairul Fahmi : Kenapa pulak nak tension?
Muslim               : Malam tadi, aku mimpi.....
Khairul Fahmi : Mimpi apa?
Muslim               : Aku mimpi kau tertarik seluar aku
                               masa tengah main...
Khairul Fahmi : Hahh???......(membayangkan sesuatu)........
Safee Sali           : Fahmi, pesal muka kau macam ayam berak
                               kapur ni? (berbisik)
Bayangkanlah sendiri apa yang berlaku selepas itu.........

Abangku Yang Hantu Facebook!!!

Ahhhhhhhhhhh!!! Tension betul aku hari ni... Aku rasa semua orang dah tahu kot, yang abang poyo aku dah ada facebook!! Lepas dah balik kampung, dia asyik main facebook 24 jam jek... Mana tak bengangnyerrr... Dulu, sebelum ada facebook, nak masuk internet pun tak tahu... Tapi sekarang, dia dengan facebook dah macam isi dengan kuku... Kisahnya bermula apabila abang aku start belajar kat KL... Masa dia dah mula belajar kat sana, dia suruhlah akak aku buatkan facebook untuk dia... Tapi, semenjak dah ada facebook ni, dia dah macam orang yang baru bercinta pulak... Facebook tu lah diibaratkan seperti kekasih dia... Kalau tak buka facebook untuk satu hari, aku rasa dia boleh demam seminggu... Bak kata orang dilamun cinta: makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah... Kesian betul abang aku tu, kan? Sebenarnya, aku tak heran sangat dengan semua ni... Biasalah... Aku rasa inilah lumrah kehidupan... Bila orang dah mula ada facebook, mestilah diorang excited sangat kan? Sehinggakan, diorang tak dapat bezakan malam dengan siang... diorang akan selalu jek menghadap komputer, laptop or notebook sepanjang hari... Tapi, diorang akan berhenti bila diorang nak makan, minum, mandi, berak ngan tidur jek... Kalau tak, tak denyerr diorang akan clash sekejap dengan kekasih khayalan diorang tu... Aku cakap pasal ni bukannya sebab nak memburukkan sesiapa, tapi aku sekadar ingin meluahkan rasa geram aku terhadap abang aku yang hantu facebook tahap tak ingat tu... Berjam-jam aku tunggu dia, tapi dia masih tetap boleh buat muka selamba poyo dia tu... Aku pun nak guna laptop jugak... Dia ingat, dia sorang jek yang boleh bermanja-manjaan ngan laptop tu?!! aku pun nak jugak... Tapi, walau apa pun yg terjadi, aku still syg dia as abg aku yg paling baik... Kegeraman aku ni sekejap jek... Lagipun, aku tak rapat ngan abg aku yg lain... Sebab, diorang tu dah boleh jadi bapak budak!!! Faham2kan jelah...Tapi, aku syg dgn semua keluarga aku!!! Tak kisahlah kalau diorang tak sayang aku pun... Yang penting, aku....................
 HAPPYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!.....................

Thursday, 21 July 2011

Hidupku as a Pengawas Sekolah!

Memang leceh tahap x ingat lah... Masuk pagar sekolah jek, dah boleh nampak dah budak2 pengawas skema diri tercongok awasi pintu pagar... Dari kul 7 pagi sampai kul 7:40 pagi... Boleh naik bengkak kaki. diorang jaga pagar tu pun sebab terpaksa jek... Kalau x jaga, dah tentu2 kena bebel ngan cikgu. Lagipun, kalau jaga pagar hari2, rutin harian budak2 yg datang lewat tetap sama jugak... Tak berubah langsung. Ceh! nak komen pasal orang lain pulak... Sebenarnya, aku iri hati jek kot... He..he.. Kalau nak diikutkan, aku yg pengawas ni pun dah banyak kali langgar peraturan sekolah... Tapi, peraturan yg x berapa berat lah... Contohnya cam datang lambat jek... He..he.. Teruk kan? Lepas dah datang lambat, boleh pulak tu masuk dari pintu pagar belakang... Dasar pengawas x berdedikasi!!  Ada satu hari ni, aku x bertugas jaga pagar tau... Lepas tu, cuba teka apa yg aku dapat? Dapat makian woo... Mana taknya, kalau sehari dua jek aku x bertugas takpe lah jugak... Masalahnya sekarang, sampai seminggu aku tak bertugas tau!! Pulak tu, kak Deeba yg garang  macam singa merangkap ketua kumpulan aku yg beri amaran pada aku... Bengang woo... Tapi, memang patut pun dia marah aku tahap x ingat... Salah aku jugak...Time dia marah tu, aku macam nak nangis je dibuatnya... Tapi, nasib baik lah aku ni pandai cover macho beb... Relax, stay cool... Itulah apa yg aku cakap dalam hati masa kena marah. Sampai sekarang, aku still belum minta maaf dengan dia pun... Rasa bersalah aku dibuatnya...aku belum bersedia nak menghadap muka dia lah... Seram sejuk je rasanya bila aku pandang mata dia... Aku sorry to her time dah nak PMR jelah... He3... burok benar aku ketawa... Nasib baik orang tak nampak... But, ada kelebihannya jugak bila aku jadi pengawas ni... Antaranya, aku dapat setaraf dengan dia... Tak payahlah aku terangkan lagi 'dia' tu siapa.. Nanti, tak sudah2 pulak aku bercerita... 'Setaraf' tu membawa maksud yang dia tu sama jawatan dengan aku... Cuma, dia tu pengawas yg lebih berdedikasi daripada aku... Dia tu pandai tahap tak ingat... Langsung tak sama dengan aku.. Walau apa pun, aku tetap dah bercadang nak quit daripada jadi pengawas tahun depan... Sejujurnya, aku lebih selesa jadi pelajar biasa jek... Bila jadi pelajar biasa, boleh buat jahat sikit... He3... Aku ni, asyik ketawa jek... Nanti, orang lain menyampah pulak... Dah lah... aku dah penatlah nak menaip lagi.. aku nak gi makanlah... Dah lapar, dok... Ini jelah yg mampu aku tulis.. Nak tulis banyak2 nanti, boleh bengkak jari tangan aku untuk setahun... Bye!!! WASSALAM.....