Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.“Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.“Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.Beliau berkata, walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.“Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya.
Sunday, 25 December 2011
NAZMI FAIZ MANSOR...
Posted by EchizuFuji at 07:57 0 comments
Saturday, 24 December 2011
PROLOG - Pengenalan Watak Utama
![]() |
| ALIF |
![]() |
| MIA |
"Sampai hati mama nak tinggalkan Mia... Mama dah tak sayang Mia lagi ke?" Mia sudah tidak dapat menahan kesedihannya lagi apabila Datin Farihah mengatakan bahawa dia terpaksa bertugas di U.K,London pada minggu hadapan. "Nak buat macam mana? Mama pergi sana disebabkan atas urusan kerja... Jadi,walaupun mama tak rela,mama tetap jugak terpaksa pergi...." Datin Farihah menjadi serba salah kerana terpaksa meninggalkan anaknya. Dia juga sangat keberatan untuk meninggalkan anak kesayangannya itu. Namun,apakan daya... Dia terpaksa juga meninggalkan anaknya dan terbang ke London pada minggu hadapan. Jika tidak,pekerjaannya mungkin akan lesap begitu sahaja. "Tapi,Mia sunyi nanti... Siapa yang nak temankan Mia kat sini? Mia tak boleh duduk kat sini tanpa mama..." Air jernih mulai keluar daripada kelopak mata Mia dan lantas dia terus menangis teresak-esak mengenangkan nasib dirinya yang akan berpisah dengan mamanya buat sementara waktu. "Jangan risau... Mak Long yang akan jaga Mia bila mama tak ada nanti... Mak Long suka sangat bila mama mintak tolong dia supaya jaga Mia bila Mama dah pergi U.K nanti... Lagipun,mama pergi bukannya lama... Sebulan jek... Sepanjang sebulan tu,Mia akan tinggal dengan Mak Long dan Mak Long akan selalu temankan Mia... Mia janganlah sedih... Janganlah menangis macam ni... Nanti muka Mia yang comel ni jadi buruk pulak kalau asyik nangis jek..." Lembut Datin Farihah memujuk anaknya. Tangisan Mia sudah reda. Dia akhirnya akur juga dengan keputusan mamanya itu. Walaupun amat keberatan,tetapi dia tidak mahu mamanya hilang pekerjaan gara-gara asyik mengikut kehendaknya yang manja itu sahaja.
TAMAT PROLOG...
Posted by EchizuFuji at 00:09 0 comments
Friday, 25 November 2011
KEKASIH KESAYANGANKU DI ALAM FANTASI...
DIA MEMEGANG WATAK SEBAGAI ALIF HAIKAL DALAM CERITA CINTA BENDUL-BENDUL...
SIKAP DIA DALAM CERITA NI???
SANGAT SUSAH UTK DITAFSIRKAN...DIA SEORANG YANG BAIK... WALAUPUN PADA LUARAN DIA NAMPAK MCM PANAS BARAN,TAPI SEBENARNYA HATI DIA NI MUDAH TERSENTUH... DIA SANGAT MENGAMBIL BERAT TENTANG SEPUPUNYA IAITU MIA(DAMIA KHALISAH)... WALAUPUN PADA MULANYA DIA AGAK KEBERATAN UTK MENJAGA DAN MELINDUNGI MIA,TAPI AKHIRNYA HATINYA TEWAS TERHADAP PERASAAN ASING YG SECARA TIBA-TIBA MENYINGGAH DI HATINYA SEBAIK SAHAJA DIA MENGENALI MIA DENGAN LEBIH RAPAT...
Posted by EchizuFuji at 10:32 0 comments
Monday, 14 November 2011
DAMIA KHALISAH
Sebenarnya,aku dpt nama ni drpd nama anak sedara aku yg comel tu...Namanya Damia Khalisah Binti Md Ayub...Sekarang,umo dia dah setahun lebih...Aku sengaja pilih nama ni sebagai watak utama cerita aku sebab watak ni comel mcm anak sedara aku...Sebenarnya,Damia Khalisah dlm cerita aku ni ada penyakit....Tapi,dia tak terencat akal,dia cuma ada penyakit autisme,di mana dia akan sentiasa berperangai seperti budak-budak yg masih belum baligh...
Perwatakannya :
-sentiasa ceria
-manja dgn mamanya
-selalu menggunakan kecomelannya utk mendptkan apa yg dia mahu
-walaupun dia comel,tpi dia tidak mempunyai kwn perempuan disebabkan perwatakan dan gayanya yg kolot
(kebudak-budakan)
-walaupun dy anak org kaya,dy tetap suka makan dgn gelojoh dan comot
-makanan favouritenya adalah aiskrim coklat
-tidak suka menangis walau dirinya berasa sedih
Posted by EchizuFuji at 18:48 0 comments
Sunday, 13 November 2011
WAN ZAHARUL NIZAM....
Mesti ramai yg pelik kenapa tajuk di atas adalah nama pemain bola sepak harimau muda A..WAN ZAHARUL NIZAM.... Seorang pemain bola sepak yg sangat berbakat...Beliau pemain bola sepak harimau muda A yg kedua sy kenal... First sekali,sy kenal Muslim Ahmad...Tapi x de lah minat sgt kat dy...Lepas sy kenal Wan Zaharul Nizam ni,sy dapat merasakan sesuatu perasaan yg aneh muncul dlm diri sy..Cehh...Sebenarnya sekarang,sy dah terminat kat dy lak...Jdi,sekarang sy nak umumkan pd semua,setakat ni pemain bola sepak yg paling sy minat adalah Wan Zaharul Nizam Bin Wan Zakaria yg sentiasa comel dan ceria....So,yg lain jgn kacau beliau,ok? PEACE!!!
COMEL!!!
Posted by EchizuFuji at 19:34 0 comments










