BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 24 December 2011

PROLOG - Pengenalan Watak Utama

ALIF
MIA
   "WHAT??!! Budak bendul tu nak tinggal kat rumah kita??!!" Belum sempat Alif menghadamkan makanan di dalam mulutnya,dia sudah mengajukan soalan mengejut terhadap mamanya. Dia sungguh terperanjat sebaik sahaja mamanya mengatakan sesuatu yang memang tidak ingin didengari olehnya. Datin Fariza yang sedari tadi sedang khusyuk mengunyah makanan tersentak mendengar pertanyaan anaknya yang didahului dengan jeritan... Terus terbantut penghadaman makanannya. "Kenapa Alif nampak macam terkejut sangat ni? Alif tak suka ke Mia tinggal sama-sama dengan kita?" Soal Datin Fariza kehairanan. "Mama sendiri tahu Alif memang menyampah bila dia datang sini... Suka usik barang-barang Alif macam budak jakun. Kalau dia tinggal kat sini,lagi lah bertambah-tambah kemenyampahan Alif kat dia. Lagipun dia tu kan teren... "Alif!!! Jaga sikit mulut Alif tu!!! Alif tak layak cakap Mia yang bukan-bukan!!!" Belum sempat Alif menghabiskan kata-katanya,Datin Fariza sudah mencelah dahulu dengan api kemarahan yang dilontar kepada Alif gara-gara mulut anaknya yang tiada insurans. "Mak su Alif ditugaskan untuk pergi ke U.K selama sebulan... Sebab tu lah dia suruh kita berdua jaga Mia kat sini... Alif sanggup ke biarkan Mia tinggal sorang-sorang kat rumah dia???" Kemarahan Datin Fariza sudah mulai reda. "Alah... orang gaji dia kan ramai... Tak kan diorang tu semua tak boleh jaga Mia?" Alif sekeras-kerasnya tidak mahu Mia tinggal dirumahnya. Mukanya telah masam mencuka. "Alif kena faham... Diorang tu just orang gaji,diorang tak boleh berterusan jaga Mia... Diorang ada family sendiri..." Lembut sahaja tutur Datin Fariza kali ini. "Mama dah anggap Mia tu macam anak mama sendiri... Ini dah tanggungjawab mama untuk jaga Mia sebaik yang mungkin..." Kata-kata mamanya membuatkan Alif terdiam seketika. Dia sudah hilang selera untuk menjamu makanan di hadapannya. Dia merasakan dinnernya hari ini adalah dinner yg paling teruk dalam hidupnya. Dia terus beredar dari meja makan dan menuju ke biliknya tanpa mengatakan apa-apa. Dia sekadar tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh mamanya itu. Datin Fariza hanya mampu mengeluh melihatkan sikap anak bujangnya itu.

  "Sampai hati mama nak tinggalkan Mia... Mama dah tak sayang Mia lagi ke?" Mia sudah tidak dapat menahan kesedihannya lagi apabila Datin Farihah mengatakan bahawa dia terpaksa bertugas di U.K,London pada minggu hadapan. "Nak buat macam mana? Mama pergi sana disebabkan atas urusan kerja... Jadi,walaupun mama tak rela,mama tetap jugak terpaksa pergi...." Datin Farihah menjadi serba salah kerana terpaksa meninggalkan anaknya. Dia juga sangat keberatan untuk meninggalkan anak kesayangannya itu. Namun,apakan daya... Dia terpaksa juga meninggalkan anaknya dan terbang ke London pada minggu hadapan. Jika tidak,pekerjaannya mungkin akan lesap begitu sahaja. "Tapi,Mia sunyi nanti... Siapa yang nak temankan Mia kat sini? Mia tak boleh duduk kat sini tanpa mama..." Air jernih mulai keluar daripada kelopak mata Mia dan lantas dia terus menangis teresak-esak mengenangkan nasib dirinya yang akan berpisah dengan mamanya buat sementara waktu. "Jangan risau... Mak Long yang akan jaga Mia bila mama tak ada nanti... Mak Long suka sangat bila mama mintak tolong dia supaya jaga Mia bila Mama dah pergi U.K nanti... Lagipun,mama pergi bukannya lama... Sebulan jek... Sepanjang sebulan tu,Mia akan tinggal dengan Mak Long dan Mak Long akan selalu temankan Mia... Mia janganlah sedih... Janganlah menangis macam ni... Nanti muka Mia yang comel ni jadi buruk pulak kalau asyik nangis jek..." Lembut Datin Farihah memujuk anaknya. Tangisan Mia sudah reda. Dia akhirnya akur juga dengan keputusan mamanya itu. Walaupun amat keberatan,tetapi dia tidak mahu mamanya hilang pekerjaan gara-gara  asyik mengikut kehendaknya yang manja itu sahaja.

                                                 TAMAT PROLOG...

0 comments: