BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 6 February 2012

CINTA BENDUL-BENDUL BAB 1- MAMA...

Datin Farihah
      "Mama!!!!" Mia memeluk erat mamanya. Dia amat keberatan untuk melepaskan mamanya pergi. Dia terus memeluk mamanya seerat-eratnya. Dia seperti tidak mahu meleraikan pelukannya itu. Walaupun hatinya sedang dilanda kesedihan,tetapi dia tetap cuba kelihatan ceria di hadapan mama,mak Long dan sepupunya. Dia tidak mahu orang lain melihatnya menangis terutama mamanya. Dia tahu,jika dia menangis pada waktu ini, sudah tentu mamanya akan berasa serba salah dan tidak dapat terbang ke London dengan hati yang tenang. "Jaga diri baik-baik bila kat sana nanti..." lembut Datin Fariza memberi nasihat kepada adik kesayangannya sebelum adiknya itu menaiki kapal terbang untuk berlepas ke London. Kini hanya kesedihan yang menguasai suasana di KL Airport ini. "InsyaAllah... Kak Long pun jaga lah diri baik-baik... Kalau Mia tu buat nakal,kak Long marah jek dia... Fari tak kisah pun... Mia tu memang kena selalu diperhatikan,kalau tak,mesti dia akan buat jek apa yang dia suka. Maaf lah kalau Fari ni hanya menyusahkan kak Long jek..." Datin Farihah kelihatan amat keberatan untuk meninggalkan tanah airnya. Tambahan pula,apabila harus meninggalkan insan-insan yang amat dia sayangi. Walaupun kepergiannya hanya sementara,tetapi dia tetap berasa sungguh sukar untuk berjauhan dengan anak manjanya  itu sungguhpun hanya sehari. "Fari tak pernah pun menyusahkan kak Long... Kak Long ikhlas nak jaga Mia... Lagipun,nanti kalau Mia tinggal kat sana,kak Long ada kawan untuk berborak... So,kak Long tak kan sunyi... Alif pun boleh tolong tengok-tengokkan Mia,dan Mia boleh kawan dengan Alif..." Alif kelihatan seperti tidak suka dengan kata-kata mamanya itu. Memang dari dulu lagi,dia tidak suka untuk berkawan dengan sepupunya itu. Walaupun Mia layannya dengan baik,tetapi Alif tetap menganggap Mia seperti budak kecil yang bendul dan jakun disebabkan oleh sikap Mia yang kebudak-budakan. Tetapi,hari ini Alif seakan-akan tidak melihat sikap kebudak-budakan Mia yang kerap dilihatnya pada hari-hari kebiasaannya. Mungkin sebab dia tengah sedih sekarang.... bisik hati Alif. Sudah tiba masanya untuk Datin Farihah berlepas ke London. Dia meninggalkan anak kesayangannya dengan senyuman yang paling manis agar Mia tidak berasa sedih. Baginya,perasaan anaknya yang paling perlu diutamakan. Mia membalas senyuman mamanya itu tetapi dengan satu senyuman yang sedikit hambar kerana selepas ini dia tidak boleh lagi bermanja dengan mama kesayangannya seperti kebiasaannya. Baginya,tempoh sebulan itu sudah cukup lama. Dia terpaksa juga tabahkan hatinya untuk terus ceria pada setiap hari walaupun tanpa mamanya di sisi.  Mulai dari hari ini,Mia mesti tabah menjalani kehidupan yang bakal Mia tempuhi dan Mia kena biasakan diri tinggal di rumah mak Long.... Mama,Mia janji Mia tak kan menyusahkan mak Long bila Mia tinggal dekat rumah mak Long nanti.... Hmmmmm!!! Nekad Mia di dalam hati.



                                                        TAMAT BAB 1



0 comments: